Wednesday, March 16, 2011

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur.

Terletak di tengah metropolitan Kuala Lumpur, berhampiran Taman Tasik Perdana, taman ini adalah tempat yang perlu dilawati dan sesuai untuk seisi keluarga. Dibuka dengan rasminya pada 15 November 1991 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Bainun, hampir keseluruhan burung di taman ini dibiarkan bebas berkeliaran, terbang bebas dan makan secara percuma.


Harga tiket untuk warga Malaysia adalah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Landskap menarik yang terletak di pintu masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Burung merak dengan megahnya mengembangkan sayapnya di khalayak ramai.

Burung-burung di sini sudah biasa bergaya di depan kamera.


Pantang ada makanan free pasti ramai yang datang.

Ini adalah seekor burung merak betina yang membawa anaknya berjalan-jalan cari makan. Anak dia semacam anak ayam kampung.

Ini adalah kawasan burung makan buah betik. Tengok tu. Tiap seekor burung dapat sepotong betik. Mewah betui burung2 kat sini.

Ini adalah burung Nuri Pelangi (Rainbow Lorikeet). Dia makan kuaci dengan susu. Sapa pegang kuaci pasti kena serbu tapi kalau nak pegang dia, pandai pulak dia lari. Banyak lagi spesis nuri di sini seperti Nuri Merah, Nuri Pekicau dan Nuri Jalur Kuning.

Yang ni pulak adalah burung Flamingo yang berkaki panjang dan berbulu putih. Flamingo boleh berdiri dengan sebelah kaki untuk satu tempoh yang lama.

Burung Dendang Gajah (Asian Fairy Bluebird) betina.

Burung Dendang Gajah (Asian Fairy Bluebird) jantan. Burung ni berbunyi seperti bunyi kucing terutama di waktu senja.....

Superb Starling (Lamprotornis superbus). Dahsyat nama dia. Rupa-rupanya burung ni berasal dari Benua Afrika Timur.

Kuang Perak (Silver Pheasant). Burung yang bersifat poligamik, dimana dalam satu kumpulan akan terdapat seekor burung jantan dan 2 hingga 5 ekor burung betina. Macam burung merak. Burung ini dipanggil 'White Phoenix' di dalam puisi purba China.


Selain burung, terdapat jugak ikan di taman ini. Ini adalah ikan talapia merah. Ikan ini adalah spesis ikan air tawar dan diternak di dalam kolam untuk tujuan komersil. Ikan ini sedap jika dibakar dan dicicah ayaq asam. Goreng pun sodap.

Inilah sebahagian daripada burung yang terdapat di Taman Burung Kuala Lumpur. Ada beratus-ratus spesis burung kat sini. Mana yang bagi kerjasama untuk ambik gambaq bolehlah kita masukkan kat sini. Lagi best kalau pi sendiri kat sana. Bukan jauh pun. Lebih kurang 5 minit kalau berkereta dari Dataran Merdeka. Ataupun 5 jam kalau berkereta dari Alor Setar.


Chiao

Thursday, February 3, 2011

Penang

Hello.....ini adalah kereta kuda kayu....kuda ini adalah sekadar hiasan sahaja kerana dia tak boleh berjalan apatah lagi berlari. Diperbuat daripada kayu-kayu yang dicantum dan diukir untuk membentuk seekor kuda yang cantik. Bukan sekadar kuda, tapi banyak lagi binatang dan orang-orang tertentu dipamerkan di sini, untuk dijual pun ada.

Ini pula adalah konsert live yang berlangsung berhampiran kuda kayu di atas di New World Park Penang. Persembahan baik jugaklah walaupun suara tak hebat mana. Tapi hebat la kalau nak dibandingkan dengan suara garau gua.
Bunga api. Pertunjukan bunga api selalunya hanya berlangsung ketika malam Hari Kemerdekaan ataupun malam tahun baru kalendar Masihi. Ini adalah pertunjukan bunga api di malam tahun baru 2011 dan berlangsung di New World Park Penang, tempat berlangsungnya konsert live band di atas yakni bersebelahan dengan kuda kayu di atas.

Ini adalah Lorong Kulit, tempat yang menjual bermacam macam barangan, yang baru, yang lama, antik, yang orang dah pakai dan yang dah tak boleh pakai pun dijual di sini. Tapi kuda kayu tak ada dijual di sini, persembahan bunga api pun tak ada di sini. Konsert live band pun tak ada di sini.

Gambar ini menunjukkan kolam renang yang dibuka secara percuma kepada semua orang awam atau lebih tepat kanak-kanak sahaja. Terletak di dalam Taman Perbandaran atau Taman Belia, jalan menuju ke Botanical Garden. Selain beberapa kolam untul mandi-manda, terdapat berbagai tempat untuk beriadah juga kepada orang dewasa. Kolam dan kawasan ini dijaga dengan baik oleh MPPP. Usaha yang baik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pokok Peluru Meriam. Di sini hanya dapat ditemui di Penang Botanical Garden. Bunga ni belum bekembang mekar, apabila berbuah, buahnya berwarna coklat dan berbentuk bulat seperti bola sebesar bola futsal. Buah ini tak boleh dimakan tau.

Sekian, terima kasih. Hari pertama 2011 di Pulau Pinang.