Thursday, February 3, 2011

Penang

Hello.....ini adalah kereta kuda kayu....kuda ini adalah sekadar hiasan sahaja kerana dia tak boleh berjalan apatah lagi berlari. Diperbuat daripada kayu-kayu yang dicantum dan diukir untuk membentuk seekor kuda yang cantik. Bukan sekadar kuda, tapi banyak lagi binatang dan orang-orang tertentu dipamerkan di sini, untuk dijual pun ada.

Ini pula adalah konsert live yang berlangsung berhampiran kuda kayu di atas di New World Park Penang. Persembahan baik jugaklah walaupun suara tak hebat mana. Tapi hebat la kalau nak dibandingkan dengan suara garau gua.
Bunga api. Pertunjukan bunga api selalunya hanya berlangsung ketika malam Hari Kemerdekaan ataupun malam tahun baru kalendar Masihi. Ini adalah pertunjukan bunga api di malam tahun baru 2011 dan berlangsung di New World Park Penang, tempat berlangsungnya konsert live band di atas yakni bersebelahan dengan kuda kayu di atas.

Ini adalah Lorong Kulit, tempat yang menjual bermacam macam barangan, yang baru, yang lama, antik, yang orang dah pakai dan yang dah tak boleh pakai pun dijual di sini. Tapi kuda kayu tak ada dijual di sini, persembahan bunga api pun tak ada di sini. Konsert live band pun tak ada di sini.

Gambar ini menunjukkan kolam renang yang dibuka secara percuma kepada semua orang awam atau lebih tepat kanak-kanak sahaja. Terletak di dalam Taman Perbandaran atau Taman Belia, jalan menuju ke Botanical Garden. Selain beberapa kolam untul mandi-manda, terdapat berbagai tempat untuk beriadah juga kepada orang dewasa. Kolam dan kawasan ini dijaga dengan baik oleh MPPP. Usaha yang baik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pokok Peluru Meriam. Di sini hanya dapat ditemui di Penang Botanical Garden. Bunga ni belum bekembang mekar, apabila berbuah, buahnya berwarna coklat dan berbentuk bulat seperti bola sebesar bola futsal. Buah ini tak boleh dimakan tau.

Sekian, terima kasih. Hari pertama 2011 di Pulau Pinang.