Sekian, terima kasih. Hari pertama 2011 di Pulau Pinang.
Thursday, February 3, 2011
Penang
Tuesday, July 27, 2010
pepatung

Bila tengok gambar disebelah pasti semua kenal. Pepatung. Atau naga terbang kalau dialihbahasakan dari bahasa inggeris. Sejenis serangga yang selalu bermain di kawasan berair seperti sungai, tasik atau sawah padi. Mempunyai mata yang besar, sayap yang lutsinar dan ekor yang panjang dan fleksibel.
Pepatung terdapat di seluruh pelusuk dunia dan terbahagi kepada bermacam macam spesis. Bermacam macam bentuk dan bermacam macam warna. Apa yang menarik?
Pepatung makan serangga kecil seperti nyamuk.
Membiak di dalam air.
Nimfa pepatung makan larva nyamuk.
Larva pepatung mampu bertahan sehingga lima tahun untuk menjadi pepatung dewasa.
Pepatung hanya boleh terbang tapi tak boleh berjalan berjalan walaupun mempunyai enam kaki.
Kesimpulannya....sayangilah pepatung di sekitar anda walaupun sekarang kita sudah jarang2 bertemu dengan beliau. Peace
rockriverstone
16 Sya'ban 1431 H
28 Juli 2010
Wednesday, May 27, 2009
Hidup seorang nelayan

Intro- Ikan ini dipanggil ikan cupak, dipancing oleh saya sendiri pada tahun sudah dalam satu trip memancing di tuas Yan, Kedah. Kaedahnya adalah dmenghanyutkan umpan ikan selar hidup yang dipancing dengan menggunakan apollo. Ikan ini juga boleh ditangkap dengan menggunakan teknik jigging.
Karangan bertajuk hobi saya:-
Hobi saya adalah memancing ikan. Sewaktu masih belajar saya selalu memancing ikan di tasik2 dan sungai2. Kadang2 dapat ikan banyak dan kadang2 tak dapat ikan pun. Memancing dapat memberikan kepuasan tahap maksima kepada yang meminati aktiviti ini walaupun hanya ikan2 kecil menarik2 joran. Kalau dapat ikan yang besar lagilah gembira hati.
Sekarang bila dah bekerja, masa untuk pergi memancing menjadi kurang lagi2 bila dah kawin dan ada anak. Apapun masa tu akan tetap dicari untuk mendapatkan kepuasan hati. Hobi memancing adalah hobi yang sihat untuk tubuh badan dan dapat mendekatkan diri kita kepada pencipta sekelian alam.
Memancing juga dapat menenangkan fikiran dan memberikan hasil yang lumayan untuk dimakan bersama keluarga dan sahabat handai. Pendek kata, kalau saya tak jadi engineer mungkin hari ni saya jadi nelayan. Mungkin laa...
rockriverstone
2 Jamadil Akhir 1430 (bulan tengah kecik lagi)
27 Juni 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)