Wednesday, March 21, 2012

Ikan Ubi - Ikan Ketutu

Ikan Ubi - Marbled Sleeper

Ikan Ubi, juga dikenali sebagai ikan ketutu, ikan hantu, haruan bodoh, belantuk atau soonhock oleh masyarakat cina. Dalam bahasa inggeris disebut sebagai marbled sleeper atau marbled gudgeon, mungkin sebab ikan ini yang seperti tidur hampir setiap masa.

Ikan ubi hidup di dalam air tawar, biasanya di dalam sungai, tali air ataupun tasik. Merupakan ikan yang pasif dan jarang bergerak walaupun untuk mencari makan. Disebalik wajahnya yang hodoh, rasa isinya sangat sedap dan digemari ramai terutama masyarakat cina. Ini menjadikan ikan yang susah untuk ditemui ini berharga tinggi sehingga mencecah RM100 sekilogram. Penternakan ikan ubi secara komersil telah lama dimulakan untuk memenuhi permintaan ikan ubi yang tinggi walaupun ikan ini agak lambat untuk membesar kerana malas untuk mencari makan.

Ikan Ubi, Ikan Ketutu (Oxyeleotris marmorata)

No comments: